Baru Bian terkejut pejabat Kesihatan Lawas dirantai

KUCHING, 5 Jun (Bernama) -- Anggota Parlimen Selangau, Baru Bian terkejut dan kecewa selepas diberitahu Pejabat Kesihatan Lawas telah dikunci dengan rantai oleh tuan tanah kerana mempunyai tunggakan bayaran sewa selama 30 bulan.

Baru, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Ba'kelalan berkata ia memberi gambaran seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikan dalam urusan membabitkan sewa premis sementara Hospital Daerah Lawas itu.

Beliau berkata tunggakan sewa 30 bulan adalah terlalu lama dan beliau hairan bagaimana tuan tanah boleh bersabar begitu lama.

"Alasan pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Lawas kononnya ia berpunca daripada 'kesilapan dalam dokumen perjanjian' tidak boleh diterima akal kerana kalaupun ada kesilapan, ia tidak sepatutnya dibiar berlanjutan hampir tiga tahun," kata Baru yang juga Pengerusi PKR Sarawak.

 Baru bagaimanapun berkata beliau gembira apabila Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Jamilah Hashim mengambil tindakan segera memberi penjelasan berhubung masalah bayaran sewa tertunggak itu.

Menurut Baru, pelbagai masalah telah melanda projek pembinaan hospital baharu di Lawas itu yang diumumkan pada 2011 dengan peruntukan RM121 juta. Pembinaannya yang sepatutnya siap dalam tempoh tiga tahun kini tertangguh.

Ramai berpendapat kelemahan dalam pengurusan sumber kewangan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu adalah antara punca masalah itu.

"Kita pernah dengar ada hospital kerajaan tidak mampu membeli ubat-ubatan kerana tidak mempunyai dana yang cukup, justeru, kita tidak terperanjat sekiranya hospital tidak mempunyai wang untuk membayar sewa.

"Saya diberitahu dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) pada 2013 bahawa sewa untuk empat lot rumah kedai bagi penempatan sementara hospital tersebut ialah sebanyak RM23,000 sebulan.

Katanya adalah lebih baik jika pegawai kesihatan di situ dapat memberi jaminan kepada masyarakat bahawa hospital itu tidak mempunyai bayaran sewa tertunggak dan pembayaran sewa sentiasa dilunasi.

"Selama ini, penduduk dinafikan kemudahan kesihatan yang baik kerana mereka tiada pilihan lain kerana hospital lain yang paling hampir ialah di Miri dan Kota Kinabalu yang juga sangat jauh," kata beliau.

"Oleh itu, tindakan  kerajaan terdahulu adalah sangat tidak bertanggungjawab kerana membiarkan masalah penduduk itu berlarutan terlalu lama," tambah beliau.

Justeru, kerajaan baharu memikul tugas besar untuk menyelesaikan segala masalah yang telah ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu itu.

Baru berkata beliau akan berusaha keras membawa perkara itu ke pengetahuan Menteri Kesihatan selepas mendapat butiran dan penjelasan lanjut mengenai masalah itu.

-- BERNAMA







HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2