Tiada pesakit diarah beli ubat sendiri di HSI - Pengarah Kesihatan

JOHOR BAHRU, 5 Jun (Bernama) -- Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata  hasil siasatan awal pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini mendapati tiada pesakit yang diarahkan untuk membeli ubat sendiri seperti yang ditularkan.

"Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin merujuk kepada kenyataan yang ditularkan dalam Facebook bertarikh 3 Jun 2018 yang menyatakan sebahagian pesakit terpaksa membeli ubat sendiri apabila didapati tiada ubat di hospital atas dakwaan hospital kekeringan dana dan tiada wang.

"Bekalan ubat adalah mencukupi dan pesakit diberi ubat mengikut pada ubat-ubatan yang tersenarai di dalam Buku Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya dalam  kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook JKNJ hari ini.

Dr Selahuddeen berkata pihak HSI telah menghubungi pemilik akaun Facebook terlibat untuk mendapatkan penjelasan dan dimaklumkan beliau hanya mendengar cerita daripada satu pihak dan tidak mengesahkan perkara tersebut dengan HSI.

Beliau berkata JKNJ ingin memberikan kepastian kepada masyarakat bahawa bekalan ubat sentiasa mencukupi dan akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Katanya masyarakat juga diingatkan mendapatkan kepastian daripada pihak JKNJ sebelum menularkan sebarang maklumat berkenaan perkhidmatan kesihatan bagi mengelakkan perasaan gusar dan panik dalam kalangan masyarakat.

-- BERNAMA







HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2