Kawal selia bayaran penjagaan kesihatan swasta perlu ditingkatkan - Fomca



KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bayaran perubatan oleh sektor swasta perlu dikawal selia dengan lebih berkesan memandangkan kos semasa adalah tinggi dan masih di luar kemampuan kebanyakan rakyat Malaysia, kata Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Demikian antara cadangan dan syor disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Fomca Datuk Paul Selvaraj pada perjumpaan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham di sini hari ini.

Menurut Selvaraj, penjagaan kesihatan merupakan hak asasi pengguna dan harganya tidak boleh semata-mata bergantung kepada pasaran atau keuntungan, tetapi perlulah dilihat sebagai suatu komponen kebajikan.

Beliau berkata penyelesaian secara konkrit perlu dilaksanakan dengan segera kerana ia menjejaskan pengguna secara langsung.

"Apa yang penting sekarang ia mestilah lebih berpatutan kepada semua. Kita perlu bekerjasama dengan kerajaan untuk manfaat pengguna," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Martin Khor  berkata kerajaan perlu menggunakan mekanisme serupa seperti yang diamalkan bagi mengurangkan kos rawatan bagi Hepatitis C untuk menurunkan harga ubat-ubatan lain.

Beliau berkata penggunaan hak kerajaan di bawah Akta Paten 1983 (Akta 291) perlu diperluas kepada ubat-ubatan lain agar ia lebih mudah diperoleh pesakit serta bagi mengurangkan yuran rawatan secara keseluruhan.

"Perjanjian perdagangan antara Malaysia dan negara lain juga menjadi penyebab harga ubat-ubatan meningkat. Ini antara isu penting yang perlu diteliti kerajaan baharu," katanya.

-- BERNAMA 







HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018