PUTRAJAYA, 6 Jun (Bernama) -- Warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu menzahirkan gaya hidup sihat sebagai teladan kepada masyarakat, kata Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata perkara itu penting supaya mereka dapat menjalankan tugas dan memainkan peranan dengan baik.
"Setidak-tidaknya warga KKM perlu menjadi teladan yang baik kepada orang ramai," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra Menteri Kesihatan bersama warga KKM di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Dr Dzulkefly turut menyampaikan sumbangan kepada empat orang kurang upaya, sembilan individu daripada kategori ibu dan bapa tunggal dan 27 wakil daripada keluarga golongan berpendapatan rendah.
Beliau berkata program tanggungjawab sosial korporat sedemikian perlu dianjurkan dari semasa ke semasa dan bukannya bermusim atau apabila menjelang Ramadan sahaja.
"Tanggungjawab sosial KKM kepada masyarakat adalah sepanjang masa," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN