Kes HFMD meningkat di Labuan

LABUAN, 8 June (Bernama) -- Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di pulau bebas cukai ni melonjak dengan 240 kes direkodkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini , berbanding 270 kes sepanjang tahun lepas.


Empat kes terbaharu dilaporkan di sebuah tadika pada 23 Mei lepas. Sebuah tadika pula diarahkan tutup bulan lepas atas sebab yang sama.


Kes mula meningkat pada awal bulan Mac (pada minggu kesembilan 2018), dengan 17 kes direkodkan sehingga mencapai 21 kes pada bulan April (minggu ke-15) dan turun kepada 11 kes pada minggu ini.


"Kita telah menyaksikan trend peningkatan dalam penyakit ini bermula ketika cuti umum panjang baru-baru ini," kata Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari kepada Bernama hari ini.


Dr Ismuni berkata kebanyakan kanak-kanak yang dijangkiti baru pulang dari Sabah.


Beliau mengingatkan ibu bapa dan penjaga agar segera membawa kanak-kanak yang menunjukkan gejala HFMD kepada doktor untuk rawatan.


Walaupun pesakit HFMD biasanya menunjukkan gejala ringan, namun penyakit ini boleh tersebar dengan cepat, terutama di kalangan kanak-kanak di pusat penjagaan kanak-kanak dan prasekolah," kata Dr Ismuni.


Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi pada 6 Jun berkata sehingga 940 kes HFMD telah direkodkan di negeri ini pada pertengahan bulan lepas - peningkatan 27 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.


--BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1