Kementerian kesihatan nafi Pharmaniaga monopoli bekalan ubat-ubatan

Dr Dzulkefly Ahmad

PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini menafikan dakwaan  bahawa Pharmaniaga memonopoli bekalan ubat-ubatan ke kemudahan kesihatan awam.



Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa Pharmaniaga bertindak sebagai satu-satunya monopoli pemegang konsesi tunggal kerana terdapat juga vendor lain yang membekalkan secara langsung ubat-ubatan kepada semua kemudahan kesihatan MOH.



"Sektor awam menguruskan pemerolehan ubat-ubatan menerusi dasar dan arahan Kementerian Kewangan melalui pembelian oleh 1) tender negara; 2) perjanjian konsesi; dan 3) pembelian terus oleh kemudahan  kesihatan individu (hospital, klinik)," kata beliau dalam satu kenyataan, di sini hari ini.



Dr Dzulkefly merujuk kepada artikel dalam talian bertajuk Badan Pemikir Gesa Kerajaan Kaji Semula Peranan Pharmaniaga berhubung peranan syarikat itu dalam membekalkan ubat-ubatan kepada kemudahan kesihatan awam.



Beliau berkata bahawa pada 2017, perbelanjaan Kementerian untuk ubat-ubatan dan barang-barang guna habis ialah sekitar RM3.3 bilion.



Dr Dzulkefly berkata kira-kira 33.4 peratus atau RM1.1 bilion daripada perbelanjaan Farmaseutikal kementerian adalah dari syarikat konsesi, manakala 66.6 peratus atau RM2.2 bilion adalah pembelian oleh kemudahan melalui kontrak atau sebut harga pusat.



Beliau juga menjelaskan kenyataan dalam kenyataan itu mengenai pemerolehan produk farmaseutikal dengan menyatakan proses tersebut dilakukan melalui tender.



"Prosedur ini termasuk spssifikasi produk dan teknikal oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan dan proses pemilihan produk oleh lembaga pemerolehan di kementerian," katanya.



Menurut Dr Dzulkefly, peranan Pharmaniaga dalam proses tender adalah terhad untuk menguruskan iklan bagi proses membida sementara proses pemilihan produk diuruskan oleh Kementerian Kesihatan.



"Hasil proses tender, 89 pembekal lain dipilih pada 2017," kata beliau.



Di bawah mandat baharu, Kementerian Kesihatan komited untuk mengamalkan ketelusan dalam kontrak ini dan berlaku adil kepada semua pembekal pasaran melalyui peluang lebih besar dan tarawan yang kompetitif.



"Pada masa ini, Kementerian dalam proses mengkaji keseluruhan rantaian bekalan, isu-isu permingtaan dan bekalan dalam usaha mewujudkan ketelusan yang lebih baik, penjimatan kos dan kecekapan dalam ketersediaan bekalan," katanya.



Beliau berkata makanisme yang lebih kompetitif yang adil dan saksama kepada semua pembekal dan pengeluar perlu dirancang untuk memenuhi kepentingan terbaik kepada pesakit dan rakyat.



"Mekanisme ini adalah untuk memastikan ubat-ubatan yang lebih murah untuk rakyat," kata Dr Dzulkefly.



-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2