Enam tindakan untuk perkhidmatan kesihatan terbaik



KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama)-- Kementerian Kesihatan bakal melaksanakan enam tindakan bagi menangani pelbagai isu berkaitan perkhidmatan dan kemudahan  kesihatan  bagi memastikan  penyediaan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada rakyat.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata yang pertama, meningkatkan kapasiti  hospital di bawah kementerian dengan membina fasiliti baharu dan pada masa yang sama menaiktaraf hospital sedia ada.

Pada tahun 2010 terdapat 137 buah hospital dan institut di bawah Kementerian kesihatan Malaysia, dan jumlah ini telah bertambah kepada 145 buah hospital pada tahun 2016.

"Kedua, menambahbaik perkhidmatan rawatan harian di hospital bagi  mengurangkan kesesakan pesakit di wad dan mengurangkan tempoh menunggu untuk rawatan, dan bagi merealisasikan matlamat ini kementerian  telah membina sembilan pusat  rawatan harian  yang menyediakan kemudahan dan perubatan," katanya dalam temuramah eksklusif dengan Bernama, di sini baru-baru ini.

Dzulkefly berkata tindakan selanjutnya ialah mewujudkan lebih banyak kolaborasi antara  hospital kerajaan dan universiti, dimana sehingga kini sebanyak  22 buah hospital kerajaan telah menjalinkan kerjasama dengan universiti tempatan.

"Hasil kerjasama itu telah menjadikan hospital kerajaan sebagai pusat latihan bagi pakar dan pelajar perubatan dari universiti yang menjalinkan kerjasama itu. Antara contoh jalinan kerjasama adalah di antara Hospital Tapah di Perak dan Universiti Tunku Abdul Rahman dan Hospital Tanjung Karang di Selangor dengan MAHSA University.

Tindakan keempat ialah mengadakan sistem temujanji  berjumpa doktor secara berperingkat bermaksud pesakit dikehendaki datang pada masa-masa ditetapkan dan bukan pada masa yang sama, ia bertujuan mengurangkan kesesakan di klinik serta mengurangkan masa menunggu.

"Tindakan kelima ialah mewujudkan kerjasama hospital kluster diantara hospital pakar dan hospital bukan pakar bagi  meningkatkan akses perkhidmatan kepakaran kepada penduduk di luar bandar dan pada masa yang sama ia dapat mengurangkan masa menunggu pesakit di hospital pakar.

"Antara hospital kerajaan yang terlibat dalam kerjasama ini ialah Hospital Melaka,  Hospital Jasin dan Hospital Alor Gajah, katanya.

Dzulkefly berkata tindakan keenam ialah mempertingkatkan kecekapan mengendalikan proses menunggu pesakit dengan tindakan ini terbukti berkesan bagi mengurangkan proses masa menunggu pesakit.

Beliau berkata tindakan tersebut mampu menambahbaik kualiti perkhidmatan hospital kerajaan pada masa depan.

-- BERNAMA
 







HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018