Oleh Massita Ahmad
SINGAPURA, 11 Jun (Bernama) -- BookDoc, yang berpangkalan di Malaysia, menyasarkan untuk muncul setanding dengan platform penjagaan kesihatan dalam talian terbesar dunia yang setara dengan Alibaba of Healthcare, di Asia Tenggara dalam tempoh lima tahun, kata Pengasasnya Datuk Chevy Beh.
BookDoc, dilancarkan pada 2015, merupakan platform dalam talian bagi penjagaan kesihatan yang menghubungkan kumpulan pesakit dengan profesional penjagaan perubatan.
Keyakinan Beh itu adalah berasaskan kemajuan BookDoc selama ini.
Dalam tempoh dua tahun sahaja, BookDoc berjaya menguruskan fungsi navigasi, pengangkutan, tempat penginapan dan masa terluang di bawah 'satu bumbung'.
"BookDoc telah mewujudkan ekosistem dalam talian bersepadu untuk pengembara kesihatan tempatan dan luar negara.
"Setakat ini, kami adalah platform talian dalam kesihatan pertama di Asia yang menyediakan perkhidmatan seumpama itu," katanya kepada Bernama di luar persidangan Meja Bulat Pengawasan Asia 2018 yang berlangsung di sini, baru-baru ini.
Ekosistem tersebut membolehkan pengguna mencari dan menempah profesional penjagaan kesihatan pada bila-bila masa di mana jua selain disepadukan dengan Google Map, Waze, Grab, Uber, AirAsia, Agoda, Airbnb serta TripAdvisor.
"Kami akan melengkapkan perjalanan perubatan bagi mana-mana pesakit tertentu," katanya, yang merupakan penceramah semasa persidangan itu yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings, Ho Ching.
BookDoc turut merancang untuk menjalin kerjasama dengan lebih banyak institusi penjagaan kesihatan.
Pada masa sekarang, ia mempunyai rangkaian luas pengamal penjagaan kesihatan di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand dan Indonesia.
BookDoc bekerjasama dengan antaranya, Institut Jantung Negara, Pusat Perubatan Subang Jaya dan KPJ di Malaysia; NTUC Unity Denticare, Q&M Dental dan Yayasan Buah Pinggang Negara di Singapura; Quality Healthcare Medical Services, Adventist Hospital dan Townhealth di Hong Kong serta dengan Siloam Hospital di Indonesia.
Beh sendiri yang memiliki latar belakang dalam industri penjagaan kesihatan dan mula membangunkan BookDoc sebagai satu kaedah untuk menghubungkan pesakit dengan penyedia penjagaan kesihatan.
"Matlamat kami adalah untuk menyegerakan diagnosis dan penjagaan pesakit," katanya.
Menurut beliau, BookDoc merancang untuk menjalinkan kerjasama lebih baik dengan lebih banyak penyedia penjagaan kesihatan, syarikat insurans dan agensi kerajaan.
"Kecekapan akan mengurangkan kos. Menerusi Book Dioc, kami boleh mengurangkan kos perubatan seterusnya," katanya.
BookDoc kini mempunyai operasi di lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Hong Kong, Thailand dan Indonesia, merangkumi 20 bandar.
Pengesan kecergasannya, BookDoc Activ, memberi ganjaran kepada pengguna menerusi kerjasama rakan kongsi peruncit dan penyedia perkhidmatan utama untuk memberi diskaun atas pencapaian peringkat ganjaran berasaskan tahap aktiviti.
Antara rakan kongsi ganjaran ialah Zalora, Fave (Groupon), Guardian, Secret Recipe, OldTown White Coffee, Coffee Bean dan banyak lagi.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN