KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Masyarakat dinasihatkan supaya melakukan aktiviti pencegahan wabak denggi sempena menjelang sambutan Aidilfitri beberapa hari lagi, bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak tersebut.
Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P), Dr Zainudin Abdul Wahab berkata ia berikutan peningkatan kes demam denggi yang didaftarkan dalam tempoh 3 hingga 9 Jun.
"Sejumlah 188 kes demam denggi didaftarkan dalam tempoh berkenaan, meningkat 46 kes (32.3%) berbanding 142 kes pada minggu sebelumnya. Sehingga kini terdapat tiga kes kematian dilaporkan sepanjang tahun ini," katanya dalam kenyataan.
Katanya Titiwangsa antara kawasan yang mencatatkan jumlah kes demam denggi yang tertinggi tahun ini dengan 618 kes, diikuti Cheras dengan 568 kes, Kepong (503 kes), Lembah Pantai (420 kes) dan Putrajaya (89 kes).
"Sehubungan itu, sempena musim perayaan yang bakal disambut beberapa hari lagi, saya menasihatkan masyarakat untuk melakukan aktiviti pencegahan sebelum, semasa dan selepas perayaan," katanya.
Antara aktiviti pencegahan yang boleh dilakukan adalah memastikan tiada bekas atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes di kediaman masing-masing sebelum pulang ke kampung, elak diri daripada menziarah kawasan wabak atau hotspot denggi ketika beraya, dan mendapatkan rawatan di klinik berdekatan sekiranya demam.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN