Atlet dinasihat kawal makan, bersenam dalam menyambut Syawal

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) --  Atlet  olahraga negara dinasihatkan agar menjaga selera dan nafsu pemakanan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan.



Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Zainal Abas berkata atlet negara harus ketahui cara pengambilan makanan secara sihat ketika musim perayaan, selepas diberi penerangan mengenai perkara itu dalam beberapa siri ceramah yang dianjurkan sebelum ini.



"Memang sukar untuk kawal pengambilan  makanan selepas sebulan berpuasa...selepas sebulan berpuasa, sebulan kita berhari raya dengan makanan yang banyak."



"Jadi para atlet kena pastikan mereka menjaga daripada segi pemakanan yang diambil. Pastikan selepas dimakan, kita bakar tenaga-tenaga yang disimpan daripada pemakanan itu supaya ia tidak menjadi lemak," katanya.



Beliau menegaskan bahawa walaupun musim perayaan, para atlet negara tidak boleh mengabaikan tanggungjawab sebagai atlet untuk berada dalam tahap terbaik menjelang beberapa kejohanan penting dalam masa terdekat.



Zainal berkata, bagi atlet junior, mereka perlu bersedia untuk menghadapi Kejohanan Sekolah-sekolah ASEAN dari 19 hingga 23 Julai dengan Malaysia bakal menjadi tuan rumah buat kali kedua, diikuti Sukan Malaysia (Sukma) di Perak dari 14 hingga 22 Sept ini.



"Bagi atlet senior, perjuangan semestinya perlu diteruskan untuk Sukan Asia Jakarta-Palembang dari 18 Ogos hingga 2 Sept, di samping mempersiapkan diri untuk Sukan SEA 2019 di Filipina," katanya.



Berikutan itu, para atlet yang terlibat dengan Sukan Asia hanya diberikan cuti Hari Raya lebih kurang empat atau lima hari, sebelum pulang ke Bukit Jalil pada Isnin ini, supaya dapat memulakan latihan seawal Selasa.



"Hari Raya hanya dua tiga hari sahaja kerana mereka bakal menghadapi Sukan Asia dalam masa dua bulan lagi. Mereka tidak boleh berehat terlalu lama kerana kami tidak banyak masa," katanya.



Buat masa ini, hanya tujuh atlet olahraga negara layak secara merit dalam Kategori A ke Sukan Asia, iaitu Muhammad Hakimi Ismail (lompat kijang), Muhd Irfan Shamsuddin (lempar cakera), Nauraj Singh Randhawa, Lee Hup Wei (kedua-duanya lompat tinggi), Luqman Hakim Ramlan (lompat jauh), Zaidatul Husniah Zulkifli (100m) dan Norliyana Kamaruddin (heptathlon).



Perbelanjaan bagi atlet yang layak dalam Kategori A akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, manakala bagi atlet dalam Kategori B, persatuan sukan atau atlet yang terlibat perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri, tetapi kos itu akan dibayar balik sekiranya mereka meraih pingat.



Bagaimanapun, Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) yakin bahawa lebih banyak atlet negara akan melayakan diri ke Kategori A untuk ke temasya berkenaan menerusi program dan perancangan yang dirangka, terutamanya pasukan kuartet 4x100m lelaki dan pelari 110m lari berpagar, Rayzam Shah Wan Sofian.



-- BERNAMA








HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018