Farmasi Klinik Kesihatan Tampin musnah dalam kebakaran



SEREMBAN, 21 Jun (Bernama) -- Perkhidmatan Klinik Kesihatan Tampin dekat sini dipindahkan ke Klinik Pakar Hospital Tampin, berkuat kuasa hari ini, susulan kejadian kebakaran yang memusnahkan farmasi klinik berkenaan pagi tadi.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainudin Mohd Ali berkata kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 5 pagi  dan tidak melibatkan kemalangan jiwa.

"Berdasarkan pemeriksaan mendapati hanya unit farmasi klinik kesihatan tersebut sahaja mengalami kerosakan dan tidak melibatkan bahagian lain.

"Perkhidmatan klinik berkenaan akan dipindahkan sementara waktu ke Klinik Pakar, Hospital Tampin serta-merta sehingga kerja-kerja membaik pulih kerosakan selesai dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata semua pesakit yang memerlukan rawatan pesakit luar dan berkala boleh mendapatkan rawatan di Hospital Tampin berkuat kuasa hari ini sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

"Sebarang  pertanyaan melibatkan rawatan pesakit boleh berhubung dengan Pejabat Kesihatan Tampin menerusi talian 06-4411643," katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Tampin Mohd Hilmi Ayob berkata kebakaran melibatkan bahagian penyimpanan ubat-ubatan dan fail yang musnah 60 peratus.

"Bomba terima panggilan pukul 5.36 pagi, seramai 16 anggota dari Balai Bomba Tampin tiba bagi memadamkan kebakaran dan turut dibantu Balai Bomba Rembau. Api berjaya dikawal 10 minit kemudian namun kebakaran dikawal sepenuhnya pukul 7 pagi tadi," katanya ketika dihubungi.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018