KUALA KANGSAR, 21 Jun (Bernama) -- Sebuah hospital baharu dilengkapi 150 katil perlu dibina di Kuala Kangsar bagi memberikan kemudahan rawatan kesihatan yang selesa kepada penduduk di kawasan itu.
Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi negeri Hasnul Zulkarnain Abd Munaim berkata jika pembinaan hospital itu direalisasikan, ia juga membolehkan penduduk mendapatkan rawatan doktor pakar.
Ketua Pemuda Amanah Perak itu berkata hospital sedia ada tidak mampu menampung jumlah pesakit yang ramai selain kurang kelengkapan sehingga ada yang terpaksa mendapatkan rawatan lanjut di Taiping dan Ipoh.
"Keadaan ini menyulitkan dan ada keluarga pesakit terutama dari Manong di sini terpaksa melalui jarak kira-kira 100 kilometer untuk menziarahi keluarga di Taiping atau Ipoh," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis ramah mesra kerajaan Pakatan Harapan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri Exco kerajaan negeri Perak bersama Pakatan Harapan Parlimen Kuala Kangsar dengan Jabatan-Jabatan kerajaan di Kuala Kangsar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hasnul Zulkarnain berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan mengenai kos pembinaan hospital baharu itu selain mencari perunding untuk menilai projek berkenaan.
"Ini sejajar dengan hasrat Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad yang mahu mengurangkan beban tugas doktor.
"Kita juga akan berbincang dengan pegawai daerah di sini kerana kawasan hospital sedia ada mempunyai tapak untuk pembinaan bangunan baharu," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN