BANDARAYA GUATEMALA, 22 Jun (BERNAMA-NNN-TELESUR) -- Letusan gunung berapi Fuego di Guatemala baru-baru ini, didapati akan memberi kesan jangka pendek, sederhana dan panjang ke atas kesihatan penduduk yang terjejas disebabkan bencana alam itu.
Amaran itu disuarakan seorang pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) susulan hasil kajian dilakukannya selama sembilan hari, kata Kementerian Kesihatan Awam dalam satu kenyataan pada Khamis.
Letusan pada 3 Jun itu mengorbankan sekurang-kurangnya 112 nyawa, manakala ribuan penduduk hilang tempat tinggal dan hampir 200 orang lagi dikhuatiri masih hilang.
Penasihat kepada Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika dan WHO, Peter Baxter telah menjalankan kajian ke atas sampel abu gunung berapi dan air dari kawasan terjejas, seperti San Miguel Los Lotes dan Escuintla.
"Baxter mendapati akan berlaku beberapa implikasi kesihatan kepada penduduk terjejas terutamanya terhadap sistem pernafasan, kulit dan mata, khususnya golongan tua dan kanak-kanak.
"Terdapat juga pencemaran makanan dan air yang boleh menyebabkan gejala gastrousus kepada mereka yang menghidap penyakit kronik," tambah kenyataan tersebut.
Kira-kira 3,623 mangsa terjejas akibat kejadian itu dan masih berdepan risiko daripada penghasilan lumpur-lumpur baharu.
Awal minggu ini, negara itu dilanda gempa bumi berukuran 5.6 magnitud namun tiada kerosakan dilaporkan.
--BERNAMA-NNN-TELESUR
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN