Kerajaan perlu perkenal penilaian kesihatan mental

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan perlu memperkenalkan sistem penilaian kesihatan mental yang boleh menentukan sejauh mana gangguan mental boleh membawa kepada kejadian atau perbuatan jenayah, kata aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.



Lee yang juga Anggota Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental berkata penyakit mental boleh digambarkan sebagai 'bom jangka' yang boleh meletup pada bila-bila masa sekiranya tidak dikendalikan dengan berkesan.



"Kementerian Kesihatan perlu membangunkan dan melaksanakan indeks penilaian psikologi yang dapat digunakan untuk membantu pihak-pihak berkaitan merancang program untuk membantu menangani peningkatan isu kesihatan mental di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.



Beliau berkata pelbagai kes pembunuhan yang dikatakan melibatkan suspek dengan gangguan mental di negara ini telah menunjukkan keseriusan dan keperluan untuk menanganinya di peringkat masyarakat.



Merujuk kepada kes baru-baru ini berkenaan seorang wanita yang mengelar anaknya berusia dua tahun di Maran, Pahang pada 17 Jun lepas, Lee berkata wanita itu dilaporkan sering termenung dan mendengar suara sejak Mei.



Ia juga dilaporkan bahawa keluarga wanita terbabit telah mendapatkan rawatan alternatif dan walaupun ia mungkin membantu, Lee merasakan bahawa wanita itu perlu dirujuk kepada ahli psikologi untuk penilaian  kesihatan mental.



"Adalah penting untuk suspek menjalani penilaian kesihatan mental sementara kes itu sedang disiasat," katanya.



Anggota keluarga dan masyarakat katanya, perlu membantu mereka yang mengalami gangguan mental dengan mendapatkan kaunseling atau rawatan yang betul dan tidak menyisihkan atau menghina mereka.



Lee juga menegaskan kepentingan menghapus stigma bahawa mereka yang menghadapi penyakit mental, sebagai 'orang gila'.



"Ramai dalam kalangan kita masih tidak sedar kepentingan perkembangan kesihatan mental walaupun pakar telah memberi amaran bahawa penyakit mental akan menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung, menjelang 2020," katanya.



-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2