Tahap kesedaran pelajar jalani saringan talasemia meningkat

KANGAR, 25 Jun (Bernama) -- Tahap kesedaran pelajar di Perlis untuk menjalani saringan Talasemia meningkat sejak program saringan penyakit diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada pelajar Tingkatan Empat pada  2016.


Pengarah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar Dr Othman Warijo berkata pada tahun lepas sahaja lebih 3,000 pelajar Tingkatan 4 di negeri ini menjalani saringan  tersebut dan sebanyak 26.9 peratus atau lebih 1,000 daripada mereka disahkan pembawa Talasemia iaitu penyakit yang diwarisi.


"Kami membantu golongan ini dengan memberi kaunseling termasuk memilih pasangan untuk menghindar penyakit ini merebak melalui perkahwinan," katanya  selepas merasmikan sambutan Hari Talasemia dan Hari Penderma Darah Sedunia  peringkat HTF tahun ini di sini, hari ini.


Beliau berkata ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak mereka menjalani ujian talasemia oleh KKM.


Dalam perkembangan lain, Dr Othman berkata bekalan darah di Perlis mencukupi kerana kesedaran orang ramai untuk merdema berada pada tahap tinggi.


Katanya sepanjang Ramadan lepas, Tabung  Darah HTF menerima 700 hingga 780 pain darah setiap hari.


Orang ramai yang ingin menderma darah boleh melakukannya di Unit Tranfusi Darah HTF yang dibuka setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad dari 8 pagi hingga 5 petang atau menghubungi talian 04-9738197.


-- BERNAMA








HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018