Kementerian Kesihatan kaji perolehan secara pukal untuk ubat-ubatan - Dzulkefly



SHAH ALAM, 25 Jun (Bernama) -- Kementetrian Kesihatan sedang mengkaji kemungkinan untuk melaksanakan mekanisme perolehan secara pukal bagi ubat-ubatan yang perlu untuk menangani isu monopoli yang boleh menyebabkan peningkatan kos ubat-ubatan yang dibekalkan  kepada hospital-hospital kerajaan di seluruh negara.

Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata konsep perolehan pukal bagi farmaseutikal dapat meningkatkan kuasa tawar-menawar dengan pembeli dan dengan itu dapat menyaksikan penurunan harga ubat-ubatan.

"Kalau kita buat perolehan ubat secara pukal, kita akan mempunyai kuasa 'bargaining' dan 'negotiation' yang lebih baik dan kos ubat-ubatan akan turun," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ceramah bertajuk 'Rakyat Sebagai Tenaga Untuk Negara' di Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Dzulkefly sebelum ini berkata langkah untuk mengkaji semula semua perjanjian konsesi sedia ada kepada hospital kerajaan adalah untuk mengoptimumkan rantaian bekalan dan memastikan situasi 'menang-menang' bagi semua pihak yang terlibat.

"Kontrak tersebut, semuanya sedang dikaji semula, dalam usaha untuk mencapai pengoptimuman rantaian bekalan dan untuk mendapatkan nilai yang lebih baik. Kerajaan komited untuk mencapai ini," beliau dilaporkan berkata.

Mengenai soalan sama ada kerajaan bercadang untuk mendapatkan perolehan ubat-ubatan dan bahan habis buang terus dari pengilang atau pembekal untuk menangani isu monopoli, beliau berkata kementerian sedang meneliti perkara itu.

Sebelum ini, Anggota Parlimen Klang, Charles Santiago telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan wujudnya monopoli dalam pemberian tender pembekalan ubat-ubatan kepada Kementerian Kesihatan dari 2013 hingga 2016.

  Beliau juga menyerahkan 13 dokumen setebal 150 muka surat yang mengandungi nama pemimpin politik, pegawai kanan Kementerian Kesihatan dan individu yang mempunyai hubungan denghan ahli politik yang dipercayai menjadi ejen atau orang tengah bagi tiga syarikat farmaseutikal.

Dzulkefly berkata kementerian mengalu-alukan siasatan SPRM mengenai perkara itu.  -- BERNAMA        







HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018