Persatuan Hospis Pulau Pinang sasar RM100,000 daripada pesta ria



GEORGE TOWN, 25 Jun (Bernama) -- Persatuan Hospis Pulau Pinang menyasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM100,000 daripada pesta ria dan jualan makanan bersempena Hari Hospis 2018 pada 8 Julai ini.

Pengerusinya  Datuk Dr Sharom Ahmat mengundang orang ramai untuk menghadiri acara itu yang diadakan di 250A Jalan Ayer Itam di sini, dengan harapan untuk mengumpul derma bagi 'Hospice-at-Home Programme' (HHP) persatuan itu.

Beliau berkata berikutan banyak NGO yang berusaha  mencari dana, semakin sukar untuk HPP mengumpul jumlah sumbangan yang mencukupi setiap tahun, bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan paliatif di rumah kepada penduduk Pulau Pinang yang menghidap penyakit kronik.

Meskipun terdapat keperluan mendesak untuk membiayai kos operasi dan peralatan perubatan, Dr Sharom menegaskan mereka tidak mengenakan sebarang bayaran bagi perkhidmatan itu.

"Persatuan Hospis Pulau Pinang perlu mengumpul sekurang-kurangnya  RM1.2 juta setiap tahun untuk meneruskan operasi dan menyediakan bentuk perkhidmatan yang kami berikan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dr Sharom berkata Persatuan Hospis Pulau Pinang memberi bantuan kepada  574 pesakit tahun lepas, dan jumlah pesakit semakin meningkat beberapa tahun kebelakangan ini sejak NGO berkenaan ditubuhkan 26 tahun lepas.

"Jumlah pesakit terkumpul yang kami bantu sehingga akhir  2017 adalah 9,082 orang, dan 90 peratus pesakit kami menghidap kanser,  manakala yang lainnya mempunyai pelbagai masalah seperti fizikal, psiko-sosial dan penyakit spiritual," katanya.

-- BERNAMA







HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018