25 premis makanan kotor di Negeri Sembilan diarah tutup

SEREMBAN, 26 Jun (Bernama) -- Sejak Januari sehingga 17 Jun tahun ini, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah mengarahkan 25 premis makanan di Negeri Sembilan ditutup dua minggu kerana didapati kotor, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.

Beliau berkata selain itu, sebanyak 250 notis kompaun bernilai RM67,250 turut dikeluarkan dalam pemeriksaan ke atas 3,762  daripada  9,346 premis makanan yang terdapat di negeri ini bagi tempoh itu.

"Pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan itu termasuk premis makanan 24 jam berikutan premis kotor  telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak", katanya  kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen 'Health in Learning Institution' (HePiLI) Kelab Doktor Muda 2018 peringkat negeri di sini, hari ini.

Katanya notis itu dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 bagi kesalahan antaranya tidak mendaftarkan premis makanan di bawah Kementerian Kesihatan, pengendali makanan tiada sijil latihan pengendali makanan, pengendali makanan tiada suntikan anti-typhoid dan pengendali makanan tidak menjaga kebersihan diri.

"Jabatan Kesihatan negeri sentiasa mengadakan kempen dan pemeriksaan keselamatan makanan untuk memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai adalah selamat, manakala pengendali makanan pula hendaklah sentiasa mematuhi aspek kebersihan dan keselamatan makanan semasa menyediakan makanan," katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2