KUANTAN, 26 Jun (Bernama) -- Tahap kesedaran majikan dan pemain industri mengenai keselamatan dan kesihatan pekerja khususnya dalam aspek pendedahan penyakit dan keracunan dalam pekerjaan masih berada di tahap rendah.
Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan dan Keselamatan) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Zailee Dollah berkata kajian Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mendapati kes penyakit dan keracunan pekerjaan lebih kerap berlaku berbanding kemalangan di tempat kerja dengan nisbah 1:6.
"Laporan penyakit pekerjaan yang diterima pada tahun lepas adalah sebanyak 6,020 kes manakala untuk tahun ini, setakat Jun sebanyak 3,890 kes disahkan dengan 258 kes adalah dari Pahang," katanya.
Zailee berkata demikian semasa merasmikan Seminar Kesihatan Pekerjaan 2018 di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah JKKP Pahang Mohamad Jais Suratman.
Seminar anjuran bersama JKPP dan Hospital UIAM itu bertujuan memberi penerangan dan meningkatkan pengetahuan pengamal perubatan mengenai penyakit pekerjaan.
Zailee memaklumkan sebanyak 3,635 kes kehilangan pendengaran, masalah tulang-otot (127 kes) dan penyakit kulit (73 kes) akibat persekitaran pekerjaan telah dikesan setakat ini.
"JKPP telah membuat klasifikasi mengikut jenis penyakit berkaitan pekerjaan bagi menentukan punca berlakunya penyakit dan tindakan pencegahan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.
"Pihak majikan dan pegawai perubatan perlu memandang serius mengenai penyakit dan keracunan pekerjaan bagi memastikan pencegahan awal dapat dilakukan untuk menjaga kebajikan pekerja," katanya.
Zailee berkata amalan budaya kerja yang selamat dan sihat di tempat kerja juga penting untuk dipraktikkan bagi mencegah kemalangan dan penyakit akibat pekerjaan terus berlaku.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN