BookDoc jalin pakatan dengan Bumrungrad International Hospital



KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Syarikat penjagaan kesihatan dalam talian, BookDoc, menjalin pakatan dengan Bumrungrad International Hospital (Bumrungrad International) Thailand, antara hospital swasta terbesar di Asia Tenggara dengan lebih 580 katil dan 30 pusat khusus.

Melalui kerjasama ini, BookDoc bakal mendapat manfaat dengan antara nama yang paling terkenal dalam industri penjagaan kesihatan Asia Tenggara dan Bumrungrad International akan mendapat akses kepada rangkaian pesakit BookDoc yang meluas di rantau ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BookDoc, Datuk Chevy Beh, dalam satu kenyataan berkata pengguna mereka akan mendapatkan penjagaan dan rawatan perubatan yang lebih baik oleh doktor dan jururawat perubatan yang berpengalaman, inovasi dan teknologi perubatan, serta penjagaan yang baik.

"Ini merupakan satu lagi perkembangan penting bagi BookDoc untuk dapat bekerjasama dengan Bumrungrad International, dan ini bersesuaian dengan matlamat BookDoc untuk meningkatkan akses penjagaan kesihatan di rantau Asia," katanya.

Bumrungrad International dilengkapi dengan teknologi canggih dan telah merangkul beberapa anugerah sebagai pengiktirafan terhadap kualiti dan standardnya.

Hospital itu telah dipilih sebagai Antara 10 Destinasi Perubatan Terbaik Dunia oleh Newsweek Best Quality Service, Perintis Pelancongan Perubatan 4 Terbaik oleh Wall Street Journal, 2018 Hospital Pelancongan Perubatan 2018 di Asia Pasifik oleh Kesihatan dan Perjalanan Global serta Hospital Terbaik Tahunan di Thailand oleh Majalah Asia Healthcare.

BookDoc adalah platform dalam talian yang menghubungkan pesakit dengan profesional penjagaan perubatan. Ditubuhkan pada Oktober 2015, BookDoc kini beroperasi di lima negara, iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Hong Kong dan Thailand.

-- BERNAMA







HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018