Sukar untuk klinik bergantung kepada pesakit bayar sendiri semata-mata - MMA



KUALA LUMPUR, 26 Jun  (Bernama) -- Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) berkata adalah  sukar untuk klinik bergantung kepada pesakit yang membayar sendiri semata-mata terutamanya di kawasan bandar memandangkan semakin ramai yang menerima manfaat perubatan daripada majikan atau  penjagaan  kesihatan  bersubsidi.

Presidennya Dr Ravindran R Naidu berkata keadaan bertambah sukar dengan trend masa kini yang menggunakan perkhidmatan Pentadbir Tuntutan Perubatan Pihak Ketiga (TPA) yang pada pandangannya  menyumbang kepada kemerosotan pendapatan doktor dan klinik.

"Sesetengah TPA menggunakan kedudukan dominan mereka untuk mengurangkan fi perundingan doktor dan ada pula yang mengambil peratusan tetap daripada fi doktor sebagai 'fi pentadbiran'.

"MMA telah menyatakan secara jelas amalan ini dianggap pembahagian fi, justeru tidak beretika," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata MMA berpandangan adalah lebih penting untuk Kementerian Kesihatan mengawal selia kegiatan TPA terbabit agar amalan tidak beretika ini dapat dihapuskan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Dr Dzulkefli Ahmad yang menyarankan agar klinik berusaha menarik pelanggan menerusi perkhidmatan yang disediakan dan tidak bergantung kepada panel insurans semata-mata.

-- BERNAMA

 





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2