ALOR SETAR, 27 Jun (Bernama) -- Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini hari ini lima unit mesin bantuan oksigen sumbangan First Solar Malaysia bagi kegunaan pesakit yang memerlukan penjagaan paliatif.
Pengarah Sumber Manusia First Solar Malaysia, Masliza Mansor berkata rawatan paliatif itu merupakan rawatan sokongan yang diberikan kepada pesakit yang mempunyai penyakit yang tidak dapat disembuhkan dan mempunyai jangka hayat singkat.
"Tiga unit mesin diberikan kepada pihak HSB manakala dua lagi untuk kegunaan Persatuan Hospis Kedah (PHK). Mesin ini akan diletakkan di hospital dan ia akan dibawa ke rumah pesakit sekiranya pesakit ingin mendapatkan rawatan di rumah.
"Ini merupakan kerjasama pertama bersama HSB dan diharap sumbangan mesin ini dapat memberi keselesaan kepada pesakit yang memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas," katanya selepas majlis penyerahan Mesin Bantuan Oksigen di Hospital Sultanah Bahiyah di sini, hari ini.
Sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada Program Khidmat Masyarakat (CSR) First Solar Malaysia sempena ulang tahun ke-10 syarikat tersebut.
Pakar Perubatan Paliatif HSB, Dr Fazlina Ahmad berkata fungsi utama rawatan paliatif adalah untuk memberi keselesaan serta kualiti kehidupan yang terbaik kepada pesakit semasa rawatan dijalankan bukan hanya semasa hari-hari terakhirnya sahaja.
"Perubatan ini untuk keselesaan pesakit terutamanya yang menghidap penyakit kanser dan pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang, hati dan jantung. Kita ingin pastikan pesakit terutamanya yang memilih untuk mendapatkan rawatan di rumah berada dalam keadaan selesa walaupun jangka hayat mereka pendek.
"Secara purata, pesakit memerlukan mesin ini ketika saat terakhir antara sebulan hingga dua bulan, jadi dalam setahun mesin ini boleh dimanfaatkan untuk kegunaan 20 orang pesakit atau lebih lagi," katanya.
Dalam pada itu, wakil Persatuan Hospis Kedah Dr Mahani Kamarudin berkata pihaknya berharap lebih lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) dapat memberi sokongan sama ada berbentuk mesin mahupun sokongan kakitangan untuk membantu pesakit dari sudut perubatan, psikologi, sosial, emosi dan spiritual.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN