Klinik 1Malaysia dinilai sebelum dinaik taraf atau tutup - Menteri

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad

PUTRAJAYA, 27 Jun (Bernama) -- Sebanyak 346 Klinik 1Malaysia di seluruh negara akan dinilai sebelum diputuskan untuk dinaik taraf dan dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti atau ditutup, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata syarat untuk sebuah Klinik 1Malaysia dinaik taraf sebagai Klinik Komuniti ialah menerima kedatangan pesakit sekurang-kurangnya 50 orang sehari, berkeluasan lebih daripada 1,400 kaki persegi dan mempunyai ruang untuk pegawai perubatan serta farmasi. 

"Bagi Klinik 1Malaysia yang tidak memenuhi dua kriteria ini untuk dinaik taraf tetapi terdapat keperluan untuk perkhidmatan kesihatan, Kementerian Kesihatan akan mengkaji semula waktu operasi selaras trend kedatangan pesakit bagi memastikan sumber digunakan secara optimum.

"Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menutup Klinik 1Malaysia tetapi menaik taraf dan meningkatkan keberkesanan klinik tersebut ," katanya pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini. 

Beliau berkata petugas Klinik 1Malaysia yang kesemuanya penjawat awam tidak perlu bimbang soal kehilangan jawatan kerana kesemua mereka akan diserapkan ke Klinik Komuniti. 

Beliau berkata anggaran kos untuk penilaian semula, menaik taraf dan menjenamakan semula Klinik 1Malaysia kepada Klinik Komuniti ialah antara RM5 juta hingga RM10 juta. 

Dzulkefly berkata kedatangan pesakit ke Klinik 1Malaysia telah bertambah daripada 1.3 juta setahun kepada 6.59 juta pada  2017. 

Pertambahan yang dicatatkan bagi tempoh 2010 hingga 2017 ialah sehingga 5 peratus setahun, katanya. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2