Syarikat farmaseutikal Malaysia sertai bengkel kemampanan antibiotik

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Lima puluh syarikat farmaseutikal Malaysia menghadiri bengkel Kemampanan Melalui Kecemerlangan dalam Pembuatan (STEM) mengenai teknik pengeluaran farmaseutikal yang mampan dengan kualiti yang canggih, bersih dan lestari untuk antibiotik.


Sesi latihan dan pendidikan itu telah diadakan di Malaysia baru-baru ini oleh DSM Sinochem Pharmaceuticals (DSP) - peneraju global dalam pengeluaran antibiotik mampan dengan kerjasama Institut Teknologi India (IIT), New Delhi.


Pengarah Perniagaan AMEA bagi DSP, Tim Rutten berkata Malaysia mempunyai industri farmaseutikal domestik yang berkembang pesat, disokong  oleh dasar kerajaan, pelaburan swasta dan kerjasama awam-swasta.


"Antibiotik merupakan asas penjagaan kesihatan moden, menyembuhkan jangkitan bakteria dan membolehkan rawatan perubatan lanjutan seperti pembedahan dan rawatan kanser," katanya dalam satu kenyataan.


Rutten berkata untuk meneruskan langkah ke hadapan, industri farmaseutikal  perlu memastikan antibiotik dibuat, digunakan dan diambil secara bertanggungjawab untuk mencegah pertumbuhan rintangan antimikrobial (AMR).


Faktor-faktor yang biasanya menyumbang kepada AMR termasuk  penyalahgunaan dan penggunaan berlebihan antibiotik, serta pencemaran industri yang semakin meningkat, terutamanya sisa farmaseutikal, katanya.


Pelepasan  sisa farmaseutikal ke dalam alam sekitar yang mengandungi aktiviti antimikrob, katanya,  boleh menyumbang kepada pertumbuhan AMR, walaupun semasa pengeluaran ubat-ubatan yang menyelamatkan nyawa, sekali gus membahayakan keberkesanan mereka di masa hadapan.


Kementerian  Kesihatan Malaysia telah menubuhkan jawatankuasa kerja yang menggesa agar kerjasama segera dalam kalangan sektor yang berlainan, sebagai sebahagian daripada Pendekatan Satu Kesihatan mereka, bagi menangani jurang dan penyelesaian kepada masalah AMR di negara.


Katanya, di bawah rangka kerja 'Satu  Kesihatan', Jawatankuasa  Rintangan Antimikrob Nasional (NARC) telah dibentuk pada Mac 2017.


Sebagai  sebahagian daripada langkah ini, satu protokol pengawasan yang berasaskan acara akan diwujudkan pada 2018 dengan membangunkan satu mekanisme amaran untuk tujuan pengesanan dan pelaporan bagi rintangan baru muncul yang boleh membentuk satu kecemasan kesihatan awam.


DSP, yang beribu pejabat di Singapura, merupakan peneraju dunia dalam antibiotik  mampan, statim generasi akan datang dan antikulat.


Syarikat membangunkan, menghasilkan dan menjual produk ubat-ubatan perantaraan dan bahan farmaseutikal aktif.


-- BERNAMA

 








HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2