JKNS mohon klinik baharu ganti Klinik Kesihatan Tampin

SEREMBAN, 28 Jun (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) telah membuat permohonan kepada kerajaan pusat agar sebuah klinik kesihatan Jenis 2 dibangunkan bagi menggantikan Klinik Kesihatan Tampin.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan berkata projek bernilai RM45 juta itu dicadangkan dibina di tapak lama Hospital Tampin.


"Klinik kesihatan Jenis 2 ini adalah lebih besar dengan kapisiti 1,000 pesakit boleh dirawat sehari berbanding sebelumnya hanya 600 ke 800 orang sehari di samping dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.


Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainuddin Mohd Ali.


Mengulas lanjut, Veerapan berkata skop perkhidmatan yang akan ditawarkan klinik kesihatan bahari itu adalah sama seperti sebelum ini.


Sementara itu, mengulas kejadian kebakaran farmasi, stor ubat dan seluruh blok Jabatan Pesakit Luar (JPL) Klinik Kesihatan Tampin pada 21 Jun lalu, Veerapan berkata kerja-kerja pembaikan dijangka bermula bulan depan dengan kos dianggar RM490,000.


“Kerja pembaikan dijangka mengambil masa dua bulan dan klinik dijangka dapat beroperasi semula pada September ini,” katanya.


Menurutnya buat masa ini keseluruhan perkhidmatan JPL telah dipindahkan ke Hospital Tampin.


Sementara itu, Dr Zainudin berkata kes demam denggi di Negeri Sembilan mencatatkan penurunan yang signifikan sebanyak 71.3 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini setakat 23 Jun lalu.


Sebanyak 610 kes direkodkan dalam tempoh itu dengan sifar kematian berbanding 2,128 kes dan 10 kematian bagi tempoh sama tahun lepas, katanya.


"Namun begitu saya nasihatkan agar penduduk tidak mengambil sikap sambil lewa dan sentiasa memeriksa kawasan rumah dan premis perniagaan supaya tiada takungan air yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk.


"Saya juga mengambil kesempatan ini dengan menyarankan mana-mana pesakit yang telah menghidapi demam lebih tiga hari atau simptom demam semakin teruk segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan susulan dengan segera," katanya.


-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018