Takaful Malaysia lancar pelan perubatan dalam talian ditaja jamin sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Syarikat Takaful Malaysia Bhd melancarkan pelan perubatan dalam talian dengan taja jamin penuh di Asia, Takaful myClick MediCare, menerusi portal jualan ‘Click for Cover’.



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil berkata produk perubatan baharu itu dibangunkan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pengguna yang sihat, malah untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan.



“Premium dan segala yang berkaitan akan dinilai berdasarkan soalan kaji selidik perubatan. Ini merupakan sebahagian daripada strategi digital yang jelas membezakan kami dengan penyedia insurans yang lain kerana kami sahaja yang menawarkan inovasi canggih ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.



Takaful myClick MediCare merupakan pelan perubatan berpatutan kepada rakyat Malaysia berusia 30 hari hingga 69 tahun untuk perlindungan sehingga RM100,000 setahun tanpa had seumur hidup.



Ia menawarkan kemasukan tanpa tunai ke hospital panel di seluruh dengan, dengan perlindungan boleh diperbaharui sehingga 85 tahun.



Penyedia insurans itu menawarkan produk yang lebih berpatutan dengan menawarkan pilihan amaun potongan untuk membolehkan mereka mendapat diskaun sehingga 30 peratus.



Pilihan ini merupakan ciri perkongsian kos yang membolehkan pelanggan berkongsi jumlah perbelanjaan perubatan tetap yang rendah dan bakinya dibayar oleh perlindungan perubatan sehingga had tahunan.



-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2