Lapor kepada KPDNKK, KKM jika lapan produk sardin tin ditarik, terjual



LAHAD DATU, 1 Julai (Bernama) --- Pengguna di Lahad Datu dinasihatkan melapor kepada pihak penguatkuasa jika terdapat lapan produk ikan sardin dalam tin yang  diarah tarik balik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih dijual di pasaran.

Ketua Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Lahad Datu, Rino Hisham Abu Bakar berkata laporan boleh disalurkan kepada pihaknya atau KKM yang seterusnya membantu melindungi pengguna.

"Pengguna juga boleh memaklumkan terus atau menegur peniaga yang mungkin terlepas pandang mengenai arahan KKM itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Baru-baru ini, KKM mengarahkan syarikat pengeluar bagi lapan produk tin ikan sardin jenama Cinta, TL Tan Lung, TLC, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy ditarik daripada pasaran kerana produk tin itu mengandungi bendasing cacing Filum Nematoda daripada Genus Anisaki.

Sementara itu, katanya hasil pemeriksaan KPDNKK ke atas 37 premis perniagaan di sekitar bandar Lahad Datu mendapati terdapat premis yang masih menjual produk berkenaan.

Sehubungan itu, Rino berkata premis berkenaan diarah serta merta untuk mengeluarkan produk itu dari rak jualan dan mengembalikan semula kepada syarikat pembekal.

-- BERNAMA







HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2