Ilmu CPR mampu selamatkan nyawa - Aktivis sosial

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Aktivis sosial Datuk Seri Ang Lai Soon mengulangi gesaannya supaya pengajaran pemulihan pernafasan dan jantung atau dikenali sebagai kardiopulmonari pernafasan (CPR) diwajibkan di semua sekolah dan institusi pengajian tinggi di negara ini.

Beliau berkata institusi pendidikan tersebut boleh memasukkan latihan CPR ke dalam aktiviti ko-kurikulum mereka.

"Saya sentiasa percaya bahawa nyawa tidak seharusnya berakhir begitu sahaja. Ini hanya dapat dielakkan jika ada orang berdekatan yang ada kemahiran asas CPR dengan segera membantu seseorang yang jantungnya terhenti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pelaksanaan strategi pengajaran pertolongan cemas itu akan menjadi satu perkembangan penting dalam sejarah penjagaan kesihatan.

Ang yang juga ketua pengasas St John Ambulance Sarawak berkata beliau sentiasa menumpukan kepada kepentingan latihan CPR.

"Dengan kerajaan persekutuan yang baharu  dipilih, saya berharap kita akan dapat sokongan sepenuhnya daripada kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri untuk cadangan latihan CPR itu dan saya juga berharap ia akan dapat dilaksana dan dimasukkan ke dalam sistem pendidikan negara secepat mungkin," katanya.

Ang berkata adalah baik jika setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya seorang anggota keluarga yang tahu bagaimana untuk melakukan CPR kerana banyak kes serangan jantung berlaku di rumah.

"Kita tidak boleh nafikan bahawa dengan melakukan CPR ke atas seseorang yang terkena serangan jantung sebagai pertolongan cemas awal sebelum menghantar mangsa ke hospital akan memberi perbezaan antara hidup dan mati," katanya.

-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018