Kedai makan asam pedas tular cacing diarah tutup

MELAKA, 2 Julai  (Bernama) -- Sebuah kedai makan asam pedas di sini, yang rakaman video makanannya mengandungi cacing tular di media sosial, diarah tutup selama  dua minggu bermula semalam untuk kerja pembersihan.

Pengarah  Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman berkata ini berikutan kedai makan itu gagal mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

"Kita akan serahkan hasil siasatan kepada Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Low Chee Leong hari ini sebelum ia disampaikan kepada Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Semalam tular di laman sosial rakaman video cacing dalam masakan asam pedas di Melaka berdurasi satu minit 54 saat yang dipercayai dirakam oleh pelanggan kedai tersebut.

Dr Ghazali menasihati semua pengusaha kedai makan di negeri ini agar menjaga kebersihan dalam menyediakan makanan dan mematuhi standard kebersihan yang telah ditetapkan  oleh pihak kementerian memandangkan Melaka adalah negeri tumpuan pelancong.

"Apabila terjadi kes seperti ini ia akan merosakkan imej kedai tersebut dan juga  pengusaha kedai makanan lain dan akhirnya merugikan diri sendiri," katanya.

Sementara itu,  Adly berkata beliau telah meminta pihak berkuasa yang terlibat sama ada Kementerian Kesihatan ataupun pihak berkuasa tempatan untuk menyiasat dakwaan itu.

"Kita akan mengambil beberapa langkah seterusnya apabila menerima hasil siasatan penuh," katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018