Selesai isu kekurangan ubat di hospital kerajaan, tekad Dr Lee



GOPENG, 2 Julai (Bernama) -- Anggota Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan berkata akan memberi perhatian serius terhadap masalah kekurangan bekalan ubat-ubatan di hospital kerajaan ketika ini.

Beliau yang merupakan pakar kardiologi di sebuah hospital swasta di sini berkata masalah kekurangan ubat itu berlaku disebabkan kekangan peruntukan kepada kementerian dalam Bajet 2018 oleh kerajaan terdahulu.

"Ini (masalah kekurangan ubat) pasti ada kaitan dengan peruntukan kewangan dan kita perlu lihat bagaimana kita boleh selesaikan dalam keadaan peruntukan adalah terhad dan saya yakin ia boleh diselesaikan.


"Pesakit yang memerlukan rawatan di hospital kerajaan terdiri daripada golongan miskin dan sederhana atau kakitangan kerajaan, jadi ini merupakan perkara utama yang akan saya bawa berbincang dengan Menteri Kesihatan (Dr Dzulkefly  Ahmad)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Dewan Orang Ramai Taman Bersatu di sini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Tan Kar Hing serta Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan disertai kira-kira 500 penduduk setempat.



Dr Lee berkata beliau juga akan memberi perhatian terhadap masalah hospital baharu di Seri Iskandar yang telah lama tertangguh pembinaannya.

Selain itu, beliau juga akan berusaha untuk menyelesaikan masalah pembinaan hospital  Kampar yang perlu dibina di tapak yang lebih luas dan sesuai.

"Apabila saya masuk (memulakan perkhidmatan) di kementerian, saya akan meneliti perkara ini untuk menyelesaikannya," katanya.

Dr Lee yang juga Timbalan Pengerusi PKR  negeri sebelum ini pernah menolak tawaran sebagai Timbalan Menteri Kesihatan setelah menerima panggilan dariada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 18 Jun lalu.

Bagaimanapun, pada 28 Jun Dr Dzulkefly mengesahkan anggota Parlimen Gopeng itu bersetuju menerima jawatan Timbalan Menteri Kesihatan.

-- BERNAMA     








HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1