Rabies: Dua lokasi baharu diisytihar kawasan wabak



KUCHING, 4 Julai (Bernama) -- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak hari ini mengisytiharkan dua lagi kawasan baharu wabak anjing gila atau rabies iaitu di kawasan Kampung Mapu Kijabu, Tebedu dan KM0.2 Jalan Sakar/Sebangkoi, Sarikei.

Jurucakap Sekretariat JBPN Sarawak berkata keputusan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JBPN, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

"Memandangkan Kampung Mapu Kijabu berada di luar 10 kilometer radius kawasan yang telah diisytihar wabak sebelum ini, maka kawasan ini adalah merupakan kawasan ke-32 dan ke-33 wabak tersebut,? katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata sehingga hari ini, jumlah keseluruhan kawasan yang telah diisytiharkan wabak  rabies ialah 33 kawasan dari lima bahagian iaitu Kuching (lima), Samarahan (tiga), Serian (22), Sri Aman (satu), dan Sarikei (dua).

-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2