Kementerian baharu bolehkan banyak peruntukan disalur untuk perkhidmatan kesihatan

KOTA KINABALU, 5 Julai (Bernama) -- Penubuhan sebuah kementerian baharu yang bertanggungjawab ke atas kesihatan rakyat di Sabah akan membolehkan lebih banyak peruntukan disalurkan untuk tujuan itu, khususnya dalam membangunkan kemudahan kesihatan.


Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Stephen Wong Tien Fatt berkata kuasa yang diberikan kepada kementerian baharu itu untuk membuat keputusan, termasuk pertambahan peruntukan setiap tahun, akan dapat memastikan perkhidmatan kesihatan yang disediakan dinikmati semua lapisan rakyat di negeri ini sama ada di bandar mahupun luar bandar.


“Perbincangan dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai 'delegation of authority' dan isu peruntukan adalah agenda utama kementerian saya dalam masa terdekat ini.


“Saya yakin kementerian saya akan dapat mengadakan perubahan-perubahan terhadap perkhidmatan kesihatan demi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini,” katanya ketika menggulung perbahasan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.


Wong turut memberitahu kementeriannya itu akan meneliti rungutan rakyat mengenai kekurangan pakar perubatan di Sabah bagi mencari satu penyelesaian terbaik untuk mengimbangi perkhidmatan kepakaran, bukan sahaja antara Sabah dengan negeri lain, tetapi juga antara kawasan pantai barat dan timur Sabah.


​​​​​​​Beliau berkata kementerian akan meneliti kos perkhidmatan swasta yang tinggi dan akan mencadangkan satu skim perkongsian pintar yang boleh memanfaatkan pesakit, termasuk menilai Skim Peduli Sihat yang dipraktikkan di Selangor dan Pulau Pinang.


Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Ewon Benedick berkata kementeriannya akan terus melaksanakan program holistik bagi meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar secara mapan.


“Untuk memastikan projek yang dilaksanakan berjalan lancar dengan memberi impak maksimum, khususnya kepada penduduk luar bandar, kementerian saya akan sentiasa mengkaji dan mengemaskini program dan aktiviti sedia ada, di samping mengenal pasti program baharu yang bersesuaian.


“Sehubungan itu, kumpulan fokus pembasmian kemiskinan daerah yang dipengerusikan oleh pegawai daerah bertanggungjawab memantau pelaksanaan dan prestasi program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan,” katanya.


-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2