HFMD di P.Pinang meningkat 48 peratus

GEORGE TOWN, 6 Julai (Bernama) -- Sebanyak 1,555 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilapor di Pulau Pinang sejak Januari hingga 4 Julai lepas, iaitu meningkat 48 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Afif Bahardin berkata bagi tempoh sama sebanyak 53 taska, tadika, tabika dan prasekolah melaporkan kluster HFMD di premis mereka dan ia meningkat 381 peratus berbanding hanya 11 kluster dilapor pada tempoh sama tahun lepas.


"Kerajaan negeri telah mendapat maklum daripada Jabatan Kesihatan Negeri berhubung peningkatan bilang kes HFMD dan penyakit itu mudah menjangkiti orang lain terutama kanak-kanak di premis tumpuan seperti taska dan tadika.


"Kesemua kes menerima rawatan pesakit luar...saya juga ingin menafikan berhubung tular dalam media sosial seorang kanak-kanak meninggal dunia di Butterworth baru-baru ini kerana penyakit itu," katanya ketika ditemui selepas Perasmian Kursus Perkembangan Penyakit Parkinson di Pulau Pinang, di sini hari ini yang dirasmikan Ketua Menteri Chow Kon Yeow.


HFMD ialah penyakit yang disebabkan virus dan gejala penyakit ini ialah demam, ruam (maculopapular dan vesicles) pada tapak tangan, kaki dan ulser pada mulut serta lidah, dan gejala tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan atas (URTI).


Penyakit ini disebabkan jangkitan virus khasnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (EV71), yang merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuhdan najis pesakit.


Dr Afif menasihatkan pengusaha dan penjaga kanak-kanak di taska, tadika, tabika atau prasekolah agar sentiasa memastikan kebersihan premis terutama peralatan serta perkakasan yang digunakan kanak-kanak dan membuat saringan bagi memastikan kanak-kanak yang hadir tiada tanda jangkitan HFMD.


Beliau berkata orang ramai juga dinasihat mengambil langkah kawalan dan pencegahan termasuk mendapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan jika terdapat tanda-tanda HFMD serta mengamalkan kebersihan diri yang baik.


Beliau berkata sekiranya kanak-kanak didapati mempunyai tanda-tanda HFMD, ibu-bapa dinasihat untuk tidak menghantarnya ke tabika, taska atau sekolah, sebaliknya dikuarantin di rumah sehingga sembuh.


-- BERNAMA

 

 







HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2