Ibu bapa disaran galakkan anak jalani saringan Talasemia

GEORGE TOWN, 7 Julai (Bernama) -- Ibu bapa disaran menggalakkan anak-anak mereka menjalani ujian saringan darah yang diadakan di sekolah-sekolah menengah bagi mengesan pelbagai penyakit termasuk talasemia.



Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata ujian saringan darah di sekolah menengah itu adalah antara langkah-langkah proaktif yang diambil kementeriannya dengan kerjasama  Kementerian  Kesihatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit tersebut.



Peratusan penghidap penyakit talasemia di negara ini hanya antara tiga dan lima peratus namun ini tidak bermaksud masyarakat harus mengambil mudah penyakit berkenaan yang melibatkan serangan ke atas sel darah, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Global Globin 2020 Challenge 2018, di sini hari ini.



Sementara itu, pengerusi persidangan tersebut  Prof Dr Zilfalil Alwi berkata simptom-simptom biasa yang menyerang penghidap talasemia remaja adalah seperti tidak bermaya, mudah letih, kurang selera makan dan tumbesaran terbantut.



"Jadi amat penting kita adakan persidangan ini supaya segala kepakaran dapat dikumpul bersama yang sudah tentu dapat memberi manfaat bukan sahaja untuk golongan pakar terapi juga masyarakat khususnya ibu bapa, dan pesakit yang terlibat," katanya.



Persidangan kali kedua itu adalah inisiatif Human Variom Project (HVP) bermatlamat menggunakan pembangunan terkini dalam bidang genomik manusia yang melibatkan pengumpulan dan perkongsian data secara sistematik bagi memerangi penyakit hemoglobin terutamanya talasemia dan penyakit sel sabit.



Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia merupakan penganjur utama persidangan yang mendapat kerjasama Malaysia Node of Human Variom Project (myMHVP), Universiti Sains Malaysia (USM), Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pertubuhan Persatuan Talasemia Malaysia.



Persidangan sehari itu mengemukakan 13 penceramah dari rantau Eropah, Afrika, Asia dan Asia Tenggara.



-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018