Produk Valsartan ditarik balik di UK, tidak libatkan pasaran Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Produk-produk 'valsartan' yang dilaporkan ditarik balik dari pasaran di United Kingdom, tidak melibatkan pasaran di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan merangkap Pengerusi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata semakan dengan senarai daftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mendapati produk keluaran pemegang pendaftarannya (yang ditarik balik di UK) adalah tidak berdaftar dengan PBKD Malaysia.

"Produk-produk tersebut sepatutnya tiada dalam pasaran dan tidak boleh digunakan di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dilaporkan penarikan balik produk itu berdasarkan siasatan segera yang dijalankan ke atas ubat-ubatan mengandungi valsartan yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan jantung.

-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018