Roche terus tingkatkan akses pesakit kepada rawatan

Oleh Aishah Mohmad Afandi


KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Roche Malaysia Sdn Bhd akan meneruskan kerjasama dengan sektor awam dan swasta untuk menyediakan penyelesaian, selain meningkatkan akses pesakit kepada ubat dan rawatan, terutamanya kanser. 

Pengurus Besar Lance Duan berkata sebagai peneraju dalam rawatan kanser, kerjasama sedemikian penting untuk meningkatkan kesedaran, dan rawatan kepada pesakit. 

"Kanser payu dara mempunyai kadar insiden tertinggi di Malaysia, dan 50 peratus daripada kematian boleh dielakkan dengan akses kepada rawatan optimum," katanya kepada Bernama hari ini. 

Dilaporkan baru-baru ini, pengeluar ubat dari Switzerland itu telah menjalankan ujian klinikal ke atas ubat rawatan kanser terbarunya.

Duan juga berkata pada separuh kedua tahun ini, Roche mempunyai sembilan tender dengan Kementerian Kesihatan Malaysia daripada 16 produk yang disenaraikan dalam Formulari Ubat Malaysia.      

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan jumlah yang diraih dalam kontrak. 

Berdasarkan permintaan pesakit terhadap ubat Roche, syarikat itu positif pertumbuhan akan terus meningkat untuk sepanjang tahun ini.

Roche memegang 34 peratus daripada bahagian pasaran onkologi yang berjumlah RM363 juta pada tahun lepas, dan bagi seluruh pasaran farmaseutikal, ia sebanyak RM5.3 bilion.

-- BERNAMA








HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2