KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) menganjurkan Program Bersama Majikan di enam lokasi seluruh Semenanjung berhubung garis panduan baharu pemeriksaan perubatan pekerja sebagai langkah meningkatkan keberkesanan operasinya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Hatar Ismail dalam satu kenyataan berkata program itu merangkumi sesi taklimat secara menyeluruh berikutan pelaksanaan format baharu bagi pemeriksaan kesihatan pekerja asing yang diluluskan kerajaan berkuat kuasa Januari tahun ini.
"Program di lokasi pertama telah diadakan selama setengah hari di Pusat Alumni Universiti Malaya dengan dihadiri lebih 100 majikan pekerja asing dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur."
"Seterusnya tumpuan akan diberikan di Melaka, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kuantan sehingga September tahun ini dalam mencapai operasi yang lebih cekap, memenuhi matlamat perkhidmatan pelanggan agensi," katanya.
Mohd Hatar berkata program berkenaan juga bertujuan memberi makluman dan penerangan mengenai pelaksanaan Sistem Integrasi Biometrik dalam pemeriksaan perubatan Fomema yang juga dimulakan tahun ini.
Katanya pada masa sama, sesi penerangan berkenaan turut menekankan kepada majikan tentang kepentingan penggunaan kemudahan pendaftaran pemeriksaan perubatan Fomema secara dalam talian di portal.fomema.my yang dilancarkan sejak 2016 serta beroperasi selama 24 jam setiap hari.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN