'Perancangan Keluarga Adalah Hak Asasi Manusia' tema Hari Penduduk Sedunia

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- 'Perancangan  Keluarga Adalah Hak Asasi Manusia' dipilih sebagai tema sambutan Hari Penduduk Sedunia Ke-29 tahun ini, menurut kenyataan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini, hari ini.

Perancangan keluarga secara sukarela dan selamat adalah antara keperluan asas kesihatan reproduktif terutamanya untuk wanita bagi merancang serta menjarakkan kehamilan, sekali gus memastikan ibu dan anak memperoleh manfaat kesihatan optimum.

"Ia bukan sahaja membantu mengurangkan risiko kematian maternal dan kecacatan bayi disebabkan kehamilan dan kelahiran terlalu awal atau lewat, malah dapat membantu mengurangkan kadar kemiskinan sesebuah negara," katanya.

Akses meluas kepada perkhidmatan kesihatan profesional serta maklumat perancangan keluarga berkualiti adalah faktor yang mampu mengurangkan nisbah kematian maternal.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, nisbah kematian maternal di negara ini menurun daripada 40 setiap 100,000 kelahiran hidup pada 1991 kepada 24 setiap 100,000 kelahiran hidup pada 2015.



"Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) oleh LPPKN pada 2014 pula mendapati kadar penggunaan kontraseptif dalam kalangan wanita berkahwin berusia 15 hingga 49 tahun kekal stabil antara 52 ke 55 peratus dari 1984 hingga 2014," katanya.

Katanya pemilihan kaedah kontraseptif moden meningkat daripada 30.3 peratus pada 1984 kepada 34.3 peratus pada 2014.

Justeru, menurut kenyataan itu, perancangan keluarga dan kesihatan reproduktif ketika ini diperluas melalui rangkaian hospital dan klinik kerajaan seliaan Kementerian Kesihatan selain daripada klinik Nur Sejahtera di bawah  LPPKN, Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM), farmasi dan pusat perubatan swasta.

Usaha itu, katanya, bagi memastikan kebolehaksesan, kemampuan dan liputan menyeluruh mengenai perancangan keluarga serta perkhidmatan kesihatan reproduktif di bandar dan luar bandar dapat dicapai.

-- BERNAMA








HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018