KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA) menggesa media supaya melaporkan berita tentang penyakit mental secara beretika bagi melindungi pesakit dan keluarga mereka daripada menjadi mangsa berhubung stigma, diskriminasi dan ketidaksamaan.
Presiden MIASA Anita Abu Bakar berkata stigma lazimnya disebabkan masyarakat kurang memperoleh pengetahuan dan kesedaran tentang penyakit mental, justeru, peranan media dalam membuat laporan secara beretika adalah penting oleh kerana kesan daripadanya mungkin mencabar stigma itu sendiri.
"Kami memerlukan media untuk membantu kami dalam melaporkan perkara benar dan nyata tentang penyakit mental supaya orang ramai tidak mempunyai tanggapan salah.
"Kami telah membantu lebih 500 pesakit tahun ini yang datang ke MIASA, mereka didiagnos sebagai menghidapi penyakit mental dan ini tidak termasuk laporan daripada platform media sosial (i.e. Facebook dan Twitter)," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Menurut Anita, jumlah pesakit semakin meningkat dan ini menjadi petunjuk betapa seriusnya masalah itu di negara ini.
Katanya badan bukan kerajaan itu akan turut menganjurkan bengkel bersama media pada hujung tahun ini untuk menyebarluaskan maklumat tentang penyakit mental kepada masyarakat.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN