BP Healthcare buka Pusat Vaksin pertama

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- BP Healthcare Group Malaysia dengan kerjasama Sanofi Pasteur Malaysia melancarkan Pusat Vaksin pertama mereka di Pulau Pinang, bagi mendidik masyarakat tentang pentingnya vaksinasi untuk mencegah penyakit berjangkit.

Pembukaan pusat itu juga bagi menyokong usaha berterusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan penyakit dan menggalakkan rakyat di setiap peringkat untuk mengambil langkah selanjutnya bagi menambah perlindungan imunisasi dengan vaksin.


Pengarah BP Healthcare, Lovy Beh, dalam satu kenyataan di sini, berkata matlamat kumpulan itu adalah memberi kesan positif kepada semua rakyat Malaysia dan membantu mengurangkan perbelanjaan penjagaan kesihatan ke arah membina negara yang lebih sihat dan produktif.

"Pelancaran Pusat Vaksin di Pulau Pinang adalah yang pertama daripada banyak lagi pusat seumpamanya oleh BP Healthcare di seluruh negara dan saya berharap orang ramai akan menggunakan perkhidmatan sedia ada untuk memenuhi keperluan mereka," katanya.

Sementara itu, Pengerusi  Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Soon Lip Chee dalam ucapannya, menggesa rakyat Pulau Pinang agar menjadikan vaksinasi sebagai keutamaan, bukan sekunder.

Beliau juga menegaskan tentang pentingnya belia menjaga kesihatan mereka sendiri dan membantu mendidik rakan dan keluarga mengenai kesihatan.

Turut hadir pada pelancaran itu ialah pengurus  akaun utama sekutu Sanofi Pasteur, Cheah Chor Boon.

-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2