Masyarakat perlu melaporkan kes dera kanak-kanak - Jabatan Kesihatan



TAIPING, 12 Julai (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Perak meminta masyarakat melaporkan sebarang kes penderaan terhadap kanak-kanak yang berlaku di sekeliling mereka kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkuasa supaya mangsa dera dapat diselamatkan.



Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Negeri Dr K.B Venugopalan berkata langkah itu perlu bagi membendung kes penderaan terhadap kanak-kanak ini daripada terus meningkat dari semasa ke semasa.



Katanya, berdasarkan statistik dari JKM Perak menunjukkan kes penderaan kanak-kanak  pada  tahun  lepas adalah sebanyak 453 kes, 469 kes (2016) manakala hanya 271 kes dilaporkan pada tahun 2015.



"Majoriti kes tersebut adalah melibatkan kanak kanak perempuan dan berkaitan penderaan seksual dan juga pengabaian," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Seminar Hentikan Penderaan Kanak-Kanak dan Keganasan Rumah Tangga Peringkat Negeri anjuran Jabatan Kesihatan Perak di sini hari ini.



Beliau berkata, bagi kategori pendera, teman lelaki kepada ibu atau wanita merupakan kumpulan yang utama diikuti dengan ibu bapa sendiri dan ibu tiri serta lokasi kejadian yang dilaporkan adalah di rumah.



"Walaubagaimanapun, masih lagi terdapat kes-kes yang tidak dilaporkan malahan kes-kes tersebut boleh menjadi penyumbang terbesar kes penderaan kanak-kanak atau keganasan rumah tangga."



"Antara faktor utama yang dikenal pasti adalah perbalahan keluarga serta pengabaian dan kecuaian ibu bapa atau penjaga seperti kejadian kanak-kanak ditinggalkan tanpa pengawasan, ditinggalkan dalam kereta, terjatuh dari eskalator, terjatuh dari bangunan dan membiarkan kanak-kanak keluar ke kedai untuk membeli barang keperluan bersendirian," katanya.



Dr Venugopalan berkata penderaan berlaku kerana beberapa faktor seperti kedudukan ekonomi, keluarga besar dan institusi keluarga yang tidak kukuh juga menjadi punca berlakunya penderaan.



"Keadaan itu juga berlaku kerana sistem sokongan dalam keluarga sudah semakin terhakis terutama di kawasan bandar," katanya.



-- BERNAMA








HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018