NADI anjur 2 persidangan diabetes di Kuching

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Institut Diabetes Negara (NADI) akan menganjurkan dua persidangan secara berturut-turut di Kuching, Sarawak, pada bulan ini.



Persidangan Komplikasi Diabetes dan Pusingan Terbesar (DCOM 2018) akan diadakan 24-25 Julai manakala Persidangan Diabetes Asia 2018 pada 26-29 Julai.



NADI dalam satu kenyataan hari ini berkata 11 diabetologi terkenal dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Eropah dan Asia, serta 40 pakar merangkumi diabetologi tempatan dan pakar-pakar lain akan membentangkan pelbagai topik di persidangan tersebut.



Ia merangkumi aspek ubat-ubatan dan rawatan baharu untuk penghidap diabetes semasa hamil, kanak-kanak, pesakit dengan komplikasi penyakit jantung dan kesihatan mental penghidap diabetes.



Kira-kira 1,000 perwakilan dari Malaysia dan luar negara dijangka hadir. Peserta turut dijemput menyertai lawatan kebudayaan  tempatan, flora dan fauna.



"Terdapat kira-kira 2.5 juta orang dewasa menghidap diabetes di Malaysia, peningkatan sebanyak 230 peratus daripada 6.3 peratus pada tahun 1986 kepada 20.8 peratus pada 2011."



"Ramai pesakit, terutama mereka yang berumur 20-an dan 30-an, tidak tahu bahawa mereka mempunyai diabetes. Lebih buruk lagi, ada yang mengalami komplikasi serius seperti penyakit jantung, strok, kegagalan buah pinggang, amputasi dan buta, akibat ketidaktahuan dan diabetes yang tidak terurus," menurut NADI.



Bagi membantu menangani masalah ini, NADI sejak penubuhannya pada tahun 2002 telah mengadakan bengkel, seminar dan persidangan.



Ia bagi mewujudkan kesedaran orang ramai dan pesakit, serta untuk mengemaskini maklumat bagi profesional kesihatan yang memberi perkhidmatan kepada penghidap diabetes.



-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018