Rujuk doktor untuk kesahihan maklumat kesihatan



KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Doktor merupakan sumber rujukan terbaik dan paling tepat untuk menjawab persoalan berkaitan kesihatan.

Pengarah Kesihatan UM Specialist Centre (UMSC) Profesor Dr Vicknes Waran berkata sikap masyarakat yang melakukan carian dalam talian terhadap jenis penyakit atau senario kesihatan itu patut dipuji, namun tidak boleh dirujuk sepenuhnya.

"Mereka  perlu merujuk maklumat yang diperoleh (daripada dalam talian) dengan doktor yang bertauliah bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan kesahihan terhadap satu-satu penyakit," katanya kepada Bernama semasa ditemui pada Majlis Hari Raya UMSC hari ini.

Beliau berkata UMSC mempunyai 240 pakar perubatan yang kebiasaannya memberi perkhidmatan kesihatan kepada 400 hingga 600 pesakit sehari.

Berbeza daripada hospital biasa, UMSC turut mempunyai 'super pakar' yang boleh dirujuk mengikut keperluan pesakit. 

"Jika di hospital, pesakit kebiasaannya berjumpa dengan pakar bedah ortopedik, di UMSC pesakit boleh memilih untuk dirawat oleh pakar bedah tulang belakang penggantian sendi, pakar bedah ortopedik trauma, atau pakar bedah ortopedik paediatrik," kata beliau. 

-- BERNAMA







HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1