KOTA BELUD, 14 Julai (Bernama) -- Persatuan Talasemia Sabah giat menjalankan kempen kesedaran bagi meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai penyakit itu.
Presidennya Francis Mujim berkata persatuan itu bersama Jabatan Kesihatan Negeri dengan sokongan Repsol Oil and Gas Malaysia akan terus mendekati masyarakat dengan harapan dapat mencapai sifar talasemia pada 2030.
"Dianggarkan tiga hingga lima peratus penduduk Malaysia adalah pembawa penyakit genetik talasemia dan Sabah antara negeri yang mencatatkan pesakit paling ramai," katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian sambutan Hari Talasemia Sedunia oleh Anggota Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis di sini hari ini.
Sementara itu, Pengurus Kanan Pemegang Amanah Repsol Oil and Gas Malaysia Ahmad Fakhrurrazi Arshad berkata syarikat minyak dan gas itu menyokong program seperti sambutan Hari Talasemia Sedunia bagi memberi semangat dan dorongan kepada pesakit talasemia untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa.
Terdahulu, Isnaraissah menggalakkan masyarakat menderma darah bagi membantu pesakit talasemia yang memerlukan rawatan pemindahan darah setiap bulan.
"Pesakit talasemia, yang juga penyakit keturunan kekurangan darah, khususnya dalam kalangan pasangan berkahwin, boleh dikurangkan dengan menjalani ujian saringan kesihatan sebelum berkahwin untuk memastikan status pasangan, seterusnya mencegah daripada melahirkan anak yang mewarisi penyakit tersebut," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN