Pusat bersalin lengkap dibina di Bandar Baharu - Amiruddin

KULIM 14 Julai (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan sedang mengkaji keperluan untuk membina sebuah pusat bersalin lengkap di Bandar Baharu di sini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Beliau  berkata biarpun mungkin tidak mendapat status hospital seperti yang dimohon sebelum ini, pembinaan sebuah pusat bersalin yang lengkap dari aspek peralatan dan tenaga pakar dilihat sudah memadai buat masa terdekat dalam memberi perkhidmatan kepada penduduk setempat. 

"Kita nampak ada keperluan untuk membina pusat bersalin di Bandar Baharu bukan hanya kerana penduduk terpaksa mendapatkan perkhidmatan bersalin di Parit Buntar, Perak, tetapi perkara ini ada disebut oleh almarhum Tuanku Sultan Kedah suatu ketika dulu iaitu pembinaan hospital di Bandar Baharu dan Pendang. 

"Memandangkan ada permohonan yang sudah lama dibuat oleh Anggota Dewan Negeri (Adun)  Bandar Baharu iaitu Datuk Norsabrina Mohd Noor, kita akan lihat perkara ini dengan lebih serius," katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Kempen Derma Darah Sedunia Peringkat Negeri Kedah di sini hari ini.  

Sementara itu, beliau juga akan membuat lawatan untuk melihat keperluan bagi menambah bangunan serta kapasiti katil dan tenaga pakar di Hospital Kulim.  

"Jika ada keperluan, kita akan pertimbangkannya memandangkan Hospital Kulim adalah antara tiga hospital yang menempatkan tenaga pakar selepas Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar dan Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani," katanya.  

Sementara itu beliau berkata kerajaan pusat tidak menolak untuk mendapatkan pembiayaan persendirian dalam membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) sebagai langkah alternatif.  

Katanya, kerajaan melihat pembinaan KXP sebagai satu keperluan yang wajar namun kepentingannya masih tetap perlu dikaji terutama melibatkan aspek pembiayaan.  


Jika pembinaannya wajar namun pembiayaannya kita tidak ada kemampuan, kita akan lihat pilihan lain termasuk 'private funding'. 

"Kewajaran pembinaan KXP sangat logik memandangkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sudah mencapai tahap maksimum walaupun sepatutnya ia mencapai tahap itu pada 2022," katanya.  

-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018