KUALA TERENGGANU, 14 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan jumlah penderma darah tetap di negara ini meningkat kepada tiga peratus dalam tempoh lima tahun berbanding 2.2 peratus ketika ini.
Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata kementerian akan memperkasakan usaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai supaya tampil menderma darah bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi di seluruh negara.
"Kita akui jumlah penderma darah tetap di Malaysia ini masih tidak setara dengan negara-negara maju yang lain. Ia disebabkan banyak faktor antaranya (rakyat Malaysia) masih belum lagi sampai ke tahap kesedaran, keinsafan bahawa ini adalah amalan yang murni dari sisi agama dan moral.
"Program pendidikan kesihatan dan penerangan perlu dipertingkatkan dan saya yakin sasaran itu akan dicapai kurang dari lima tahun lagi, khususnya peningkatan di Terengganu ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis malam penghargaan dan sambutan Hari Penderma Darah Sedunia peringkat kebangsaan, di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah; Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Amin dan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar.
Statistik kementerian menunjukkan jumlah pendermaan darah di seluruh Malaysia pada tahun lepas ialah sebanyak 694,473 beg darah dan daripada jumlah itu 228,145 beg darah adalah daripada penderma baharu.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada golongan muda yang menyumbang sebanyak 139,070 beg darah sepanjang tahun lalu dan berharap mereka akan menjadi penderma darah tetap pada masa akan datang.
Ditanya sama ada kementerian akan memberikan imbuhan kepada penderma darah sebagai langkah menarik lebih ramai orang berbuat demikian, Dzulkefly berkata Malaysia adalah antara negara yang mengamalkan sistem pendermaan darah secara sukarela dan tidak akan dikomersilkan.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN