Khidmat kontraktor klinik kesihatan Kampung Raja, Besut ditamatkan - Dr Dzulkefly



KUALA TERENGGANU, 15 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan perkhidmatan kontraktor projek pembinaan klinik kesihatan Kampung Raja di Besut, Terengganu ditamatkan serta-merta.

Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata projek itu merupakan antara 24 'projek sakit' dikesan oleh kementerian yang mengeluarkan amaran sebanyak lima kali sebelum ini kepada kontraktor Zimacon Sdn Bhd kerana gagal mematuhi piawaian dan tempoh yang ditetapkan.

Projek yang bermula pada 2017 itu sepatutnya siap 3 Feb 2019 dengan kemajuan pembinaannya  sepatutnya mencapai 59 peratus setakat ini namun didapati hanya 29 peratus sahaja siap walaupun kira-kira RM9 juta telah dibayar.

"Kami dapati kontraktor projek ini mempunyai kelemahan termasuk dari  segi kewangan dan mereka tidak akan dapat baiki keadaan dalam  masa  terdekat. Tindakan tegas terhadap kontraktor projek ini diharap menjadi pengajaran bagi kontraktor lain yang membina infrastruktur hospital dan klinik supaya mereka akan memberi tumpuan demi kepentingan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan dan mendengar taklimat daripada pegawai kanan Kementerian Kesihatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Dzulkefly berkata kementerian bertekad memperbaiki infrastruktur hospital dan klinik dalam tempoh lima tahun akan datang dan menegaskan, keputusan yang sama juga akan diambil terhadap kontraktor di negeri lain susulan  pelbagai aduan yang diterima sejak Pakatan Harapan (PH) menerajui kerajaan.

"Dengan keperluan yang sangat menekan seperti keperluan katil pesakit, apabila berlaku  masalah projek tidak siap seperti ini ia akan memberi tekanan kepada hospital berhampiran termasuk berlaku kesesakan pesakit."

"Kontraktor sepatutnya melipatgandakan komitmen mereka dan memenuhi waktu ditetapkan. Mereka perlu menunjukkan kewibawaan untuk penuhi keyakinan atas pepercayaan kepada mereka," katanya yang sebelum ini memberi amaran kepada kontraktor projek Hospital Petra Jaya, Kuching Sarawak.

Berikut merupakan senarai 'projek sakit' melibatkan 12 klinik, 10 hospital dan dua kuarters yang dikesan pihak kementerian di seluruh negara dan kontraktor terbabit akan diberi amaran tegas iaitu sebanyak 12 projek melibatkan klinik, 10 buah hospital dan 2 kuarters.

Klinik - 12 projek iaitu di Puchong; Gombak Setia; Gial; Air Tawar; Kota Setar; Nilai; Taman Ungku Tun Aminah; Sungai Tekam; Kampung Raja Besut; Karak; Nanga Kemalih dan Long Napir selain kuarters melibatkan dua projek masing-masing di Cameron Highlands dan Nabawan, Sabah.

Hospital - 10 projek iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah (obstetrik), Klang; Hospital Raja Permaisuri Bainun (bahagian kardiologi) Perak; Hospital Pulau Pinang (fasa dua) dan Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang; Hospital Rembau, Negeri Sembilan; Hospital Kemaman, Terengganu; Hospital Kuala Krai, Kelantan; Blok Psikiatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu; Hospital Petra Jaya dan Hospital Sri Aman (Sarawak).

-- BERNAMA





HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1