SHAH ALAM, 16 Julai (Bernama) -- Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR), antara pengeluar gula tempatan terbesar, memperkenalkan empat variasi gula perang terbaharunya bagi memenuhi keperluan pengguna yang lebih mementingkan kesihatan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Hishammudin Hasan berkata produk baharu keluaran syarikat itu dijangka berada di pasaran mulai 1 Ogos ini.
"Gula perang itu diperkenalkan untuk memenuhi keperluan pengguna yang prihatin dan peka dengan kesihatan mereka yang mana ia mempunyai rasa manis tersendiri selain bertindak sebagai sumber tenaga untuk badan.
"Empat variasi gula perang itu juga mempunyai peranan masing-masing yang mana kita telah kategorikannya untuk membuat kek, kuih, minuman seperti teh dan kopi selain memberi aroma wangi kepada masakan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk itu di sini, hari ini.
Empat variasi gula perang tersebut ialah gula perang emas (untuk minuman), gula merah lembut (kek), gula merah wangi (memberi aroma wangi) dan gula masak (kuih).
Hishammudin berkata gula perang emas, gula merah lembut dan gula merah wangi akan dijual pada harga RM4.25 bagi 450 gram manakala gula masak pula RM4.25 untuk 425 gram.
"Kami juga telah melaksanakan R & D (penyelidikan dan pembangunan) bagi menghasilkan produk dari campuran gula putih dan stevia bagi pengguna yang mahu mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan dan minuman.
"Untuk produk campuran gula putih dan stevia ini, ia akan dijual pada harga RM6 bagi setiap pek 450 gram," katanya.
Selain pengenalan produk baharu itu, CSR turut melancarkan pek baharu bagi gula pasirnya yang akan dijual mulai 1 Ogos ini.
Bagaimanapun, Hishammudin berkata harga jualan bagi gula berkenaan masih kekal pada RM2.95 sekilogram bagi gula pasir kasar dan RM3.05 sekilogram untuk gula pasir halus.
"Namun, untuk gula perang asli kita akan turunkan harga di mana jika pek lama kita jual pada harga RM4.85 sekilogram tetapi untuk pek baharu kita akan jual pada harga RM3.50 untuk berat yang sama.
"Langkah ini dibuat bagi menggalakkan pengguna memilih gula perang sebagai sumber pemanis utama untuk masakan dan minuman, selari dengan dengan slogan kita tahun ini 'Brown is Better'," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN