KANGAR, 17 Julai (Bernama) -- Kelas Prasekolah Anjung Budi Sekolah Kebangsaan (SK) Oran di Arau diarah ditutup selama dua minggu mulai hari ini setelah beberapa orang muridnya disyaki dijangkiti virus penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).
Sebelum ini, kelas Prasekolah SK Paya, Padang Besar diarah ditutup juga selama dua minggu bermula 13 Julai lepas kerana punca sama.
Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis, Izmi Ismail yang dihubungi Bernama malam ini mengesahkan perkara itu dan berkata penutupan dibuat atas arahan Jabatan Kesihatan Negeri berikutan lebih tiga murid masing-masing di prasekolah terbabit disyaki dijangkiti virus HFMD.
Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis Dr Zaini Hussin, bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut.
--BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN