Kementerian Kesihatan Arab Saudi bersedia menerima tiga juta jemaah haji



Oleh Ahmad Shukran Shaharudin

MAKKAH, 18 Julai (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Arab Saudi telah bersiap sedia dari segi kemudahan serta kakitangan bagi memberi perkhidmatan kepada kira-kira tiga juta jemaah Haji dari seluruh dunia ketika masya'ir di  Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Ketua Pengarah Hal Ehwal Kesihatan di Wilayah Makkah Dr Wael Hamzah Motair berkata kerajaan Arab Saudi telah menjalankan usaha terbaik serta meletakkan keutamaan utama dalam menjaga kebajikan para jemaah seperti yang dititahkan oleh Raja Salman Abduulaziz Al-Saud, penjaga dua masjid suci.




"Kemudahan perubatan seperti Hospital Arafah Timur ini hanya beroperasi ketika Masya'ir setiap tahun iaitu dari 8 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah. Ini termasuk kebanyakan daripada 96 klinik di Mina, Muzdalifah dan Arafah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada rombongan 11 editor media  di Hospital Arafah Timur sini.  Editor berkenaan dari Turki, Sudan, Indonesia, Pakistan, Malaysia and Senegal berada di sini atas   pelawaan   Menteri  Kebudayaan dan Penerangan Arab Saudi Dr Awwad Bin Salleh Al Awwad bagi meninjau persiapan musim haji  di tanah suci.

Dr Wael berkata kesemua kemudahan serta rawatan adalah percuma termasuk perskripsi ubat-ubatan yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi.

Beliau berkata jemaah Haji yang terpaksa mengambil ubat bagi penyakit yang mereka hidapi, tetapi menghadapi  masalah kehabisan ubat,  boleh mendapatkan bekalan ubat berkenaan secara  percuma dari farmasi yang disediakan.

DR Wael berkata sungguhpun kerajaan Arab Saudi khususnya kementerian itu telah  mengambil langkah pencegahan dengan menyediakan kemudahan perubatan serta kakitangan, langkah  juga telah diambil oleh negara-negara para jemaah untuk  memberi  pendidikan tentang pencegahan sebarang  penyakit.

"Dalam hal ini langkah mencegah penyakit daripada menular tidak harus diletakkan di bahu kami semta-mata. Kami ada bantu memberi suntikan vaksinasi  kepada jemaah Haji dari negara tertentu yang tidak melaksanakan peraturan itu ketika mereka tiba ke Arab Saudi  menerusi pelabuhan dan lapangan terbang.

Dr Wael berkata 350 ambulan disediakan sepanjang musim haji kali ini dan 25,000 kakitangan termasuk doktor, jururawat dan ahli farmasi akan bertugas terdiri daripada rakyat tempatan serta warga asing termasuk dari Syria, Pakistan dan Mesir.

"Kesemua yang diambil berkhidmat itu harus  memenuhi peraturan yang ditetapkan  Pertubuhan  Kesihatan Sedunia terutama dari segi pentauliahan dan kepakaran. Bagi yang berkhidmat di tanah suci  (Al-Haram) mereka hendaklah beragama Islam dan tidak boleh  melaksanakan Haji ketika berkhidmat," katanya.

Mengenai masalah kesihatan yang dialami oleh jemaah Haji ketika  Masya'ir, beliau  berkata  dari pengalaman tahun lepas, kebanyakan mereka menghadapi  masalah melibatkan strok haba di mana kira-kira 800 jemaah dirujuk ke hospital selain keletihan akibat cuaca panas.

Bagi Hospital Arafah Timur, ia menyediakan 230 katil, seksyen bagi kes yang memerlukan pengasingan, jabatan strok haba termasuk kawasan penyejukan, Unit Rawatan Rapi, farmasi dan dewan bedah, katanya.

"Kami memberi  layanan sama rata kepada semua pesakit. Dalam kes di mana jemaah haji yang dirawat perlu mengerjakan perkara rukun dalam ibadah haji, kami menyediakan sokongan serta  bantuan yang bersesuaian seperti kerusi roda. Kami tidak mahu mereka terlepas peluang kerana ini mungkin  peluang mereka seumur hidup," tambah beliau.

Kumpulan editor itu juga melawat sebuah klinik di Arafah, dan Hospital Bersalin dan Kanak-Kanak  Bandar Perubatan Raja Abdullah (KAMC) di bandar suci.

Berbeza dengan Hospital dan klinik di  Aaraf Timur, Hospital Bersalin dan Kanak-kanak itu merupakan hospital pakar yang beroperasi setiap hari dan di lengkapi dengan paralatan bertaraf antarabangsa dan canggih.

Banyak kes di Makkah dan masya'ir kadang kala dirujuk ke KAMC manakala Hospital Bersalin dan Kanak-kanak yang dikenali sebagai hospital menara berkembar oleh penduduk tempatan bertindak sebagai hospital sokongan.

Antara yang turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Ketua Pengarah Haji dan Umrah Kementerian Kesihatan Dr Sari Asiri, Pengarah Haji dan Umrah Jabatan Hal Ehwal Kesihatan Makkah Dr Mwafaq Abu Talib and Timbalan Pengarah Hospital Ibu Bersalin dan Kanak-Kanak Dr Hilal Saleh Al-Maliki.

-- BERNAMA 







HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018